At CIMB Group (`CIMB'), we value your privacy and strive to protect your personal information in compliance with the Personal Data Protection Act 2010.

The purpose of this Privacy Notice is to bring to your attention our practices relating to the collection, processing and disclosure of personal information relating to the membership of the CIMB Alumni Network.

For the purposes of this Privacy Notice, please note that:

  • "CIMB Group" refers to CIMB Group Holdings Berhad and all its related companies, as defined in section 7 of the Companies Act 2016 and including companies, branches, offices and other forms of presence operating outside of Malaysia.
  • "Personal information" in this case refers to personal information relating directly or indirectly to an identifiable former employee of CIMB. Personal information in some cases consists of "sensitive personal information", which refers to information relating to your health, religious beliefs, etc. For the purpose of this Privacy Notice, both personal information and sensitive personal information are included in any use of the term "personal information".

 

Source of Personal Information:
The personal information that we collect and process about you is sourced from:

  • information provided by you in the course of your applying to join the CIMB Alumni Network; 
  • information provided by you or information otherwise generated upon your enrollment to CIMB Alumni Network and procured or obtained from you in the course of your membership; 
  • your verbal and written communications with us and/or our authorised agents via SMS, phone or mobile device, email, fax, mail, websites or browsers, WhatsApp, social media and/or any other appropriate communication channels;
  • such other sources in respect of which you have given your consent to disclose information relating to you and/or where not otherwise restricted; and
  • existing records which we have of you.


What Kind Of Personal Information We Collect:
Specifically, you may be asked to provide information relevant to your application to join the CIMB Alumni Network and/or previous employment with us, including but not limited to, your title, name, date of birth, email address, mobile number, last CIMB entity before leaving, year joined (CIMB), year left (CIMB), previous department in CIMB, last designation at CIMB, and country where you ended your employment with CIMB

We will also process and retain related personal information generated during the course of your application and/or membership of CIMB Alumni Network with CIMB, including but not limited to, your employee identification number, current employment status, current employment designation, current employment organisation name, current employment industry/sector.


How We Use Your Personal Information
We collect, process and retain your personal information for our legitimate functions, including but not limited to:

  • assessing your suitability to join the CIMB Alumni Network
  • general administrative and record keeping purposes;
  • marketing, publicity and/or promotion of publicity and/or promotion of events relating to CIMB Alumni Network;
  • notify you of any job opportunities within CIMB;
  • for purposes of any communication relating to CIMB Alumni Network;
  • for such purposes as required by our regulators; and/or
  • for such other purposes as may be required by law;


Disclosure Of Personal Information
As a part of management and operation of the CIMB Alumni Network, we may disclose, share or transfer your personal information or need to disclose information about you to other entities within the CIMB Group whether in or outside Malaysia.

We will otherwise treat your personal information as private and confidential and will not disclose your information to anyone outside CIMB except:

a. where you have given permission;
b. where we are required or permitted to do so by law;
c. where required or authorised by any order of court, tribunal or authority, whether governmental or quasi-governmental with jurisdiction over CIMB Group;
d. where we may transfer rights and obligations pursuant to our agreement(s) with you; and/or
e. where we are required to meet our obligations to any relevant regulatory authority (whether in or outside Malaysia).


Consent
Please note that for the purpose of your application and/or your continued membership of the CIMB Alumni Network with us, you are required to provide your explicit consent to the collection and processing of the information detailed above, including without limitation, processing of your sensitive personal information (as defined above) and the transfer of your personal information to third parties whether in Malaysia or abroad. Your continued consent is mandatory unless otherwise expressly provided and/or agreed. In the event you withdraw your consent for us to collect and process your personal information, our relationship may have to be discontinued.

Your Rights
You have certain rights pursuant to the Personal Data Protection Act 2010. Should you wish to limit the processing of certain aspects of your and/or another person's personal information, or wish to exercise your right to seek access to and/or to correct your personal information retained by us or have any questions or issues regarding this notice or your personal information, or have any complaints regarding the unauthorised use, disclosure or transmission of your personal information, please feel free to write in to Group Human Resource at alumni@cimb.com . However, please be advised that in certain limited circumstances, your rights may be restricted pursuant to the Personal Data Protection Act 2010.

Revisions to Privacy Notice (CIMB Alumni Network)
This Privacy Notice may be revised from time to time. Notice of any such revision will be given on the CIMB Career website at www.careers.cimb.com and/or by such other means of communication deemed suitable by the CIMB.

Di Kumpulan CIMB ("CIMB"), kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. 


Tujuan Notis Privasi ini adalah untuk membawa kepada perhatian anda amalan kami yang berhubungan dengan pengumpulan, pemprosesan dan pendedahan maklumat peribadi yang berkaitan dengan keahlian Rangkaian Alumni CIMB.

Bagi maksud Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa: 

  • "Kumpulan CIMB" merujuk kepada CIMB Group Holdings Berhad dan syarikat-syarikat berkaitan, secara langsung atau tidak langsung, yang beroperasi di Malaysia, sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 7 Akta Syarikat 2016 termasuk syarikat, cawangan, pejabat dan semua wakil yang beroperasi di luar Malaysia.
  • "Maklumat Peribadi" dalam kes ini merujuk kepada maklumat peribadi yang berkaitan, secara langsung atau tidak langsung, dengan pemohon pekerjaan yang boleh dikenalpasti dan/atau sebagai bekas kakitangan CIMB. Maklumat peribadi, dalam sesetengah kes, merangkumi maklumat peribadi yang sensitif, yang merujuk kepada maklumat peribadi yang berkaitan dengan kesihatan, kepercayaan agama anda, dll. Bagi tujuan Notis Privasi ini, kedua-dua maklumat peribadi dan maklumat peribadi yang sensitive termasuk dalam apa jua penggunaan istilah "maklumat peribadi".

Sumber Maklumat Peribadi
Maklumat peribadi yang kami kumpulkan dan proses tentang anda adalah bersumber dari:

  • maklumat yang diberikan oleh anda semasa membuat permohonan untuk menyertai Rangkaian Alumni CIMB;
  • maklumat yang diberikan oleh anda atau maklumat yang dihasilkan semasa pendaftaran anda ke Rangkaian Alumni CIMB dan yang diperolehi atau diterima daripada anda semasa tempoh keahlian;
  • komunikasi lisan dan bertulis anda dengan kami dan/atau ejen sah kami melalui SMS, telefon atau peranti mudah alih, e-mel, faks, surat, laman web atau portal, WhatsApp, media sosial dan/atau saluran komunikasi lain yang sesuai;
  • sumber lain yang berkenaan di mana anda telah memberikan persetujuan anda untuk mendedahkan maklumat yang berkaitan dengan anda dan/atau jika tidak halangan; dan
  • rekod sedia ada yang kami simpan.


Apakah Jenis Maklumat Peribadi Yang Dikumpul
Secara khusus, anda mungkin diminta untuk memberikan maklumat yang berkaitan dengan permohonan anda untuk menyertai Rangkaian Alumni CIMB dan/atau pekerjaan sebelumnya dengan kami, tetapi tidak terhad kepada gelaran, nama, tarikh lahir, nombor telefon bimbit alamat e-mel, entiti terakhir sebelum meninggalkan Kumpulan CIMB, tahun menyertai (CIMB), tahun berhenti (CIMB), jabatan sebelumnya di CIMB, jawatan terakhir di CIMB, dan negara di mana anda menamatkan perkhidmatan di CIMB.

Kami juga akan memproses dan menyimpan maklumat peribadi berkaitan yang dihasilkan semasa permohonan anda dan/atau keahlian Rangkaian Alumni CIMB dengan CIMB, tetapi tidak terhad kepada, nombor pengenalan pekerja anda, status pekerjaan terkini, jawatan pekerjaan terkini, nama organisasi pekerjaan terkini, industri/sektor pekerjaan terkini.

Bagaimana Kami Menggunakan Maklumat Peribadi Anda
Kami mengumpul, memproses dan menyimpan maklumat peribadi anda untuk fungsi kami yang sah, tetapi tidak terhad kepada:

  • menilai kesesuaian anda untuk menyertai Rangkaian Alumni CIMB
  • tujuan pentadbiran dan penyimpanan rekod am;
  • pemasaran, publisiti dan/atau promosi acara yang berkaitan Rangkaian Alumni CIMB;
  • memaklumkan anda mengenai peluang pekerjaan dalam CIMB;
  • untuk tujuan komunikasi yang berkaitan dengan Rangkaian Alumni CIMB;
  • untuk tujuan seperti yang dikehendaki oleh pengawal selia kami; dan/atau
  • untuk tujuan lain yang dikehendaki oleh undang-undang;


Pendedahan Maklumat Peribadi
Sebagai sebahagian daripada pengurusan dan operasi Rangkaian Alumni CIMB, kami mungkin mendedahkan, berkongsi atau memindahkan maklumat atau perlu mendedahkan maklumat tentang diri anda kepada entiti lain dalam Kumpulan CIMB sama ada di dalam atau di luar Malaysia.

Kami akan menganggap maklumat peribadi anda sebagai rahsia dan sulit dan tidak akan mendedahkan maklumat anda kepada sesiapa pun di luar CIMB kecuali:

  1. di mana anda telah memberi kebenaran;
  2. di mana kami dikehendaki atau dibenarkan melakukannya oleh undang-undang;
  3. jika diperlukan atau dibenarkan oleh perintah mahkamah, tribunal atau pihak berkuasa, sama ada bersifat pemerintah atau separa pemerintah dengan bidang kuasa Kumpulan CIMB;
  4. di mana kami boleh memindahkan hak dan kewajipan menurut perjanjian kami dengan anda; dan/atau
  5. di mana kami dimohon untuk memenuhi tanggungjawab kepada mana-mana pihak berkuasa yang berkaitan (sama ada di dalam atau di luar Malaysia).



Persetujuan
Sila ambil perhatian bahawa untuk tujuan permohonan anda dan/atau sambungan keahlian Rangkaian Alumni CIMB bersama kami, anda dikehendaki memberikan persetujuan anda secara eksplisit untuk pengumpulan dan pemprosesan maklumat yang dinyatakan di atas termasuk tanpa had, pemprosesan maklumat peribadi sensitif anda (seperti yang ditakrifkan di atas) dan pemindahan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga sama ada di Malaysia atau di luar negara. Persetujuan berterusan anda adalah mandatori melainkan jika diperuntukkan dan/atau dipersetujui sebaliknya. Sekiranya anda menarik balik persetujuan anda untuk kami mengumpul dan memproses maklumat peribadi anda, hubungan kami mungkin perlu dihentikan. 

Hak Anda
Anda mempunyai hak menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Sekiranya anda ingin menghadkan pemprosesan aspek-aspek tertentu maklumat peribadi anda dan/atau orang lain, atau ingin menggunakan hak anda untuk mendapat akses kepada dan/atau untuk membetulkan maklumat peribadi anda yang disimpan oleh kami atau mempunyai sebarang soalan atau isu mengenai notis ini atau maklumat peribadi anda, atau mempunyai sebarang aduan mengenai penggunaan, pendedahan atau penghantaran maklumat peribadi anda yang tidak dibenarkan, mohon hantar kenyataan bertulis anda kepada Kumpulan Sumber Manusia melalui alumni@cimb.com. Namun begitu, sila ambil perhatian bahawa dalam keadaan tertentu yang terhad, hak-hak anda mungkin terbatas mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

Pindaan Kepada Notis Privasi
Notis Privasi ini mungkin dipinda dari masa ke semasa. Sila ambil maklum bahawa mana-mana pindaan tersebut akan disalurkan ke dalam laman web Kerjaya CIMB di www.careers.cimb.com dan/atau dengan apa-apa kaedah komunikasi lain yang dianggap sesuai oleh Kumpulan CIMB.