Perihal CIMB BEST

Program Transformasi Kemahiran Usahawan Unggul (CIMB BEST) dilancarkan pada 25 September 2014 sebagai usaha tanggungjawab sosial korporat kami untuk memperkasakan usahawan Bumiputera di Malaysia.

CIMB BEST menawarkan program latihan berstruktur seperti berikut: 

  1. Program Usahawan Beraspirasi untuk usahawan yang ingin atau baru memulakan perniagaan. 
  2. Program Usahawan Berpotensi untuk mereka yang mempunyai perniagaan sendiri dan ingin meningkatkan prestasi dan kemahiran mereka.
  3. Program Usahawan Peneraju untuk usahawan berpengalaman yang ingin mengembangkan perniagaan mereka ke fasa seterusnya.

Di samping program berstruktur ini, CIMB BEST turut menawarkan program seminar terbuka secara berkala. Penceramah-penceramah seminar terdiri daripada pakar industri dan usahawan berjaya. Seminar terbuka ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran, berkongsi pengalaman dan memupuk pembinaan rangkaian perniagaan.

Dua perserta daripada Program Usahawan Beraspirasi dan Program Usahawan Berpotensi CIMB BEST yang layak akan dipilih untuk mengikuti pengajian sepenuh masa Ijazah Sarjana Muda dalam Pengurusan Perniagaan (Kepujian) – Keusahawanan di UNIRAZAK.

CIMB bekerjasama dengan rakan-rakan industri seperti UNIRAZAK dan Scope Group untuk menyampaikan program yang komprehensif bagi para peserta CIMB BEST.

*Penyertaan adalah tanpa kos.